Jumaat, 25 Mac 2011

Wasiat Nabi untuk wanita

Nasihat Nabi Kepada Puterinya

Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Dan "perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai solat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami."
 (HR.Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)
Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
Wasiat tersebut adalah:

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridoan suami terhadap isteri.
Andaikata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong misaim/kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 syurga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadilah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini.

Syariah mesti dipertahankan

MEMPERTAHAN KEMULIAAN SYARIAH ISLAM

Antara tujuan utama sistem syariah dan perundangan Islam digubalkan adalah untuk memelihara lima perkara yang merupakan satu kemestian di dalam kehidupan mereka. Prinsip yang dikenali sebagai al-kulliyat al-khamsah ini adalah untuk memelihara agama, akal, jiwa, keturunan dan harta benda.
Perundangan syariah adalah suatu formula yang telah disediakan oleh Allah SWT agar diambil dan digunapakai oleh manusia di dunia. Islam dan umatnya akan tersisih sekiranya mereka cuba menolak sistem perundangan Islam ini. Apalagi jika umat Islam sendiri yang menolak kemuliaan syariah Islam yang ditetapkan ini, pasti mereka akan dihinakan oleh Allah SWT.
Tidakkah menjadi suatu perkara yang menghairankan apabila Islam dihina oleh penganutnya sendiri? Tidakkah kita pernah membaca dan mendengar firman Allah SWT:
Maksudnya :
“Apakah hukum (perundangan) jahiliyyah itu yang kamu harap-harapkan? Dan siapakah pula yang lebih baik hukumannya selain daripada Allah SWT bagi kaum yang meyakini”.
Marilah kita berusaha untuk menerangkan kepada masyarakat betapa penghayatan kehidupan Islam itu amat mulia dan perlu dalam menjamin keamanan sejagat. Kita perlu mencari suatu medium yang terbaik untuk menyampaikan kemuliaan sebenar syariah Islam. Sabda Rasulullah SAW dalam menceritakan penyempurnaan khatamul anbiya’ :
Maksudnya :
“Perumpamaanku dan perumpamaan nabi-nabi sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah rumah, dia menyempurnakannya kecuali satu sudut tempat meletakkan batu-batanya, orang ramai mengelilinginya dan merasa takjub melihat keindahan binaan ini dan mereka berkata : “Kalaulah bukan kerana ruang kosong bagi bata ini ia akan lebih cantik, akulah ruang kosong bagi bata itu, akulah penutup bagi nabi-nabi”.